Saturday, December 1, 2012

Sinopsis Episode 46 (30 November 2012) - Layar Drama Indonesia: Separuh Aku mula menemui penonton pada 15 Oktober 2012 setiap hari pukul 19.00 WIB di RCTI

 
Sutradara : Agusti Tanjung
Produser : Leo Sutanto
Cerita & Skenario : Hilman Hariwijaya
Desain Produksi : Heru Hendriyarto
Produksi : SinemArt (2012)

Lagu Tema : Separuh Aku
Penyanyi : Noah
Pencipta : David & Ihsan Nurrachman
Produksi : PT. Musica Studios's

Pemain Separuh Aku:

Asmirandah, Rezky Aditya, Miller Khan, Michella Putri, Kevin Andrean, Putri Anne, Ari Wibowo, Vira Yuniar, Adipura, Shueil, Malaki, Shelsi Valencia, Tengku Ryan, Tia Ivanka, Johan Jehan

Asmirandah sebagai Adara - (Anak Kandung Pak Sandy dan Bu Marni
Anak Tiri Sudiro)
Rezky Aditya sebagai Rama
Miller Khan  sebagai Dennis
Michella Putri sebagai Maya
Kevin Andrean sebagai Reza - (Sahabat Andara)
Putri Anne sebagai Naning - (Pacar Reza)
Tia Ivanka   - Bu Tia (Ibu Maya)
Ari Wibowo sebagai Pak Sandy - (Ayah Maya dan Andara)
Adipura sebagai    Sudiro  - (Ayah Adara)
Vira Yuniar sebagai Marni - (Ibu Adara)
Johan Jehan - Pak Eddy (Ayah Dennis)
Triningtyas - Bu Ida (Ibu Dennis)
Suhel Fahmi sebagai Andi - (Keponakan Rama)
Malaki sebagai - Adit (Keponakan Rama)
Shelsi Valencia sebagai  Andien - (Keponakan Rama)

Sinopsis Separuh Aku pada 30 November 2012

Adara tanya Rama apa yang difikirkannya tentang Dennis. Rama menerangkan pada Adara yang mereka harus fikirkan cara lain bagaimana Dennis dapat menerima yang dia dan Adara saling mencintai tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan daripada menyakiti hati Dennis.



Maya terdengar perbualan Adara dan Rama. Adara memberi cadangan pada Rama kenapa mereka nggak ajak Dennis rekreasi saja kebetulan besok itu kan lagi libur mereka juga boleh mengajak anak-anak juga jadi mereka rekreasi bareng sama-sama Dennis. Tanya Adara bagaimana ideanya. Rama setuju untuk mencobanya.

Adara suruh Rama habiskan teh yang dibuatnya menggunakan cinta.
Dalam hati Maya: Mahu mengajak Dennis rekreasi? (Maya... Maya, selalu sahaja mempunyai pelbagai cara dan taktik untuk menggagalkan niat baik Adara.

Maya pergi beli ubat sakit perut. Penjual tersebut tanya ubat itu buat siapa kerana Maya tidak kelihatan gemuk. Kata Maya ubat itu untuk pembantunya yang amat gemuk. Maya diberi amaran agar tidak menggunakan dosage yang terlalu banyak kerana akan menyebabkan perut memulas terus.



Maya pergi ke rumah Adara kerana dia pasti Adara berada di rumah Rama ketika itu. Maya memanggil-manggil nama Adara untuk kepastian.  Marni muncul dan memberitahu yang Adara belum pulang. Dia tidak kisah sekiranya Maya mahu menunggu sehingga Adara pulang. Maya minta keizinan untuk menunggu Adara di kamarnya. Ternyata jangkaan sapphire betul, Maya sudah merancang untuk meletakkan ubat sakit perut dalam minuman Adara. Ada-ada saja yang tak kena dengan Maya ini. Maya menuangkan dosage yang banyak dalam minuman Adara.





Andi minta kebenaran daripada om mereka apakah mereka boleh bawa mainan ke picnic?  Rama membenarkannya tetapi dengan syarat jangan bawa terlalu banyak nanti mobilnya dipenuhi dengan mainan buat ribut sahaja. Adara beri keizinana Andi untuk membawanya asalkan tidak menyusahkan orang lain. Maya pergi ke rumah Rama pura-pura tidak tahu mereka akan picnic esok. Maya tanya Rama kenapa dia tidak diajak sepertimana yang ditanya oleh anak-anak. Adara tidak keberatan kalau Maya mahu ikut bersama.

Maya dengan laju menuju ke arah Rama tetapi Rama cuba mengelak. Mungkin dia takut dipeluk lagi apabila Maya mahu mengucapkan terima kasih padanya. Namun Maya terus memeluk Rama walaupun Rama tidak sudi dibuat begitu.


Di rumah, Sudiro berasa haus kerana kepedasan tetapi tiada air lagi di dapur. Marni minta Sudiro tunggu sebentar sementara dia masak air untuk Sudiro. Sudiro minum air yang telah dibubuh ubat sakit perut oleh Maya tadi. Sudiro masuk ke tandas ulang alik setelah minum air di kamar Adara.



Semuanya bersedia untuk pergi picnic. Semuanya menunggu ketibaan Adara. Kata anak-anak mereka semua sudah siapa tetapi mana Kakak Daranya. Biasanya dia yang paling rajin. Maya tersenuyum sendirian memikirkan rancangannya sudah berjaya. Dan Adara sudah minum minuman tersebut. Rama cadangkan agar mereka masuk semua barang dalam mobil dulu sementara menunggu.




Anak-anak melakukan sesuatu pada mobil Maya. Adara minta maaf kerana lewat tiba. Adara menerima sms mengatakan "duluan aja, tunggunya kelamaan". Memandangkan Adara sudah berada di sana Dennis ajak meeka berangkat saja. Mereka semua masuk ke dalam mobil.




Adara duduk di belakang bersama anak-anak sementara Dennis duduk di depan bersama Rama. Ini bermakna tidak ada tempat untuk Maya. Maya harus duduk di mana? Maya terpaksa bawa mobilnya saja. Maya dapati ban mobilnya kempes. Maya geram dan marah-marah. Dia tahu itu pastinya kerja anak-anak itu (sekali lagi Maya memanggil mereka dengan panggilan anak-anak toyol).


Sewaktu picnic, Rama menerima panggilan daripada Pak Irfan. Rama dipanggil oleh Pak Irfan pergi ke kantornya dengan secepat mungkin berkenaan dengan penjualan saham perusahaan. Dennis mengajak anak-anak picnic bersamanya dan mereka akan pulang dengan menaiki teksi nanti. Tetapi anak-anak enggan mereka mahu pulang bersama Om Rama saja. Kata anak-anak lagi, mereka mahu melihat Om Rama berduaan dengan Kakak Dara. Sambung Andi lagi tiada semangat untuk melihat Om Dennis gantikan tempat Om Rama. Namun Dennis memberitahu mereka yang dia dapat menjaga anak-anak dengan baik seperti Om Rama. Malah lebih baik lagi.


Adara juga ingin pulang sahaja. Masa mereka senang-senang di situ tapi Rama pusing-pusing di kantor. Dalam hati Adara dia berfikir, mengadakan picnic itu bersama Dennis adalah semoga Dennis memahami yang Rama dan Adara saling mencintai tetapi sekarang tanpa Rama bagaimana pula. Dennis keberatan untuk pulang tetapi Adara suruh anak-anak masukkan barang-barang ke dalam mobil semula dan ini bermakna mereka semua akan pulang bersama Rama.

Adara tanya gimana hasil meetingnya tadi. Rama tidak mahu menambahkan masalah dan beban pada Adara dia cuma menjawab meeting tadi biasa sahaja. Penjualan saham tersebut "so far so good". Dennis terdengar perbualan Adara dan Rama.
Adara: Yang jelas kita harus kasi tau Dennis tentang perasaan kita masing-masing dan Dennis bisa melihat bagaimana hubungan kita yang sebenarnya.Dan lama kelamaan gimana aku bisa membatalin perjanjian nikah aku sama Dennis. 


Hati Dennis bagaikan nak retak mendengar perbualan Adara tadi. Katanya, "Jadi Adara mau batalin pernikahannya sama aku. Aku dah tunggu lama."

Dennis berjalan seorang diri mengenangkan kembali tentang kata-kata Adara tadi."Ternyata Adara nggak bisa mencintai aku. Sia-sia aja penantian aku selama ini. (Kasihan Dennis dia memang seorang yang baik, tapi apakan daya, sejak episode-episode yang lalu lagi Adara dan Dennis saling mencintai. Apakah Adara dan Rama akan bersama nanti atau Adara tidak akan menikahi sesiapa pun di penghujung kisah ini nanti. Semuanya akan terjawab dalam episode-episode yang akan datang).


Maya lagi yang muncul. Maya turun dari mobilnya dan tanya pada Dennis kenapa dia duduk di jalanan begitu sambil menangis lagi. Katanya pada Dennis difikirkan orang gila yang dilihatnya tadi. Dennis menjawab Adara yang dia memang gila sebab dia tidak dapat cintanya Adara. Dennis memberitahu Maya yang tadi Adara omong sama Rama. "Dia bilang yang dia mahu membatalkan pernikahannya sama aku"

Maya memarahi Dennis kenapa dia diam dan menyerah begitu sahaja. Maya tidak mahu Dennis berhenti sampai dia mendapatkan Dara. Selain itu Maya juga mahu Dennis bersikap tegas di depan Adara.


Adara hairan dengan sikap Dennis yang berubah mencari ceria lagi. Adara tanya apakah Dennis tidak marahkan dia lagi. Kata Dennis dia tidak mahu marah lama-lama pada Adara kerana dia takut kalau nanti sebaliknya Adara yang akan jadi marah padanya. Ini akan membuat Dennis sedih. Adara minta maaf soal kemarin. Dennis menemani Adara hantar pesanan kueh untuk pelanggan.



Di depan jalan terdapat sebuah mobil yang menghalang perjalanannya. Dennis turun dan bersikap kasar dengan pemilik mobil tersebut kerana dia ingin buktikan pada Adara yang dia bisa tegas. Adra berasa takut melihat Dennis bersikap bukan seperti biasanya. Walaupun Dennis menjelaskan pada Adara yang dia cuma bersikap begitu pada orang itu tetapi dia akan bersikap lembut pada Adara. Namun Adara kelihatan takut dan masuk ke dalam mobil saja.


Sewaktu meeting, Pak Sandy muncul di sana juga dan ini membuat perasaan Rama berasa kurang enak. Pak Irfan memperkenalkan Pak Sandy pada mereka yang dia juga merupakan pemegang saham terbesar perusahaan itu.
Rama dapat merasakan yang dia akan menjadi penganggur tidak lama lagi dengan adanya Pak Sandy di situ.



Rama terkejut apabila dia diminta oleh Pak Sandy untuk terus memimpin di perusahaan tersebut. Rama juga hairan yang Pak Sandy tidak mencabut tuntutannya sebagai pemimpin di situ karna kan sejak dulu lagi dia nggak suka sama dia.


Rama mengucapkan terima kasih pada Pak Sandy kerana sudah mempercayainya dan semoga dia tidak akan mengecewakan Pak Sandy sambung Rama lagi. Namun Pak Sandy tidak mahu Maya mengetahui yang dia telah menjadi pemilik baru perusahaan itu kerana dia mahu mereka semua dapat bekerja secara profesional kerana dia tahu anaknya, Maya apa pun saja yang menyangkut nama Rama dia pasti mahu ikut campur. Rama berjanji akan menjaga amanah Pak Sandy.



Adara menemui Rama di sebuah restoran setelah selesai kerja. Rama memberi surprise pada Adara. Dennis yang telah mengikut Adara berasa cemburu apabila jangkaannya betul yang Adara mahu bertemu dengan Rama.

Adara berdoa yang Rama akan makin mencintai dirinya.

Kemudian dia meniup lilin yang dikelilingi bunga-bunga itu. Dennis semakin geram melihat kemesraan mereka berdua. Dennis yang tidak tahan melihat mereka begitu lagi terus muncul di depan mereka.



Adara tanya kenapa Dennis bisa ke sana.  Dennis cuba tenangkan dirinya agar tidak marah-marah. Menurut Dennis dia ikuti Adara kerana dia khuatir apa-apa yang akan terjadi sewaktu Adara dalam perjalanan. Tanpa diundang, Dennis mengambil kerusi dan duduk bersama mereka. Katanya lagi dia sudah bosan makan burger sekali-sekala dia ingin menukar menu pula. Dennis pelawa Adara yang makanan mereka dikongsikan dan dia yang menyuapkan Adara makanan itu nanti. Namun menurut Adara makanannya belum sampai.

Adara suruh Dennis saja yang makan makanan itu kerana kan Dennis sendiri yang kata dia mahu makanan yang beda daripada burger.  Dennis tidak mahu menyerah begitu saja. Sambungnya lagi kan citarasa dia dan Adara sama jadi dia ajak Adara makan di tempat lain sahaja.

Adara minta maaf pada Rama kerana makan malam mereka menjadi kacau semuanya.  Tetapi kata Rama yang mereka boleh buat temu janji untuk makan malam selanjutnya dan makan malamnya masih banyak lagi. Dennis mahu menghantar Adara pulang kerana katanya Adara kan sudah sering dengan Rama. Dennis tetap mahu menghantar Adara pulang. Dennis minta keizinan daripada Rama untuk menghantar Aadara pulang. Belum sempat Rama memberi jawapan padanya, Dennis mengucapkan terima kasih padanya seperti dia sudah menerima jawapan masa kan Rama tidak bercakap apa-apapun lagi. Kata Dennis pada Adara yang Rama tidak keberatan Dennis yang hantar Adara pulang. Sambungnya lagi sudah seharusnya calon suami menghantar calon istrinya pulang. Adara terpaksa mengikut Dennis tanpa kerelaan hatinya.

Maya yang melihat dari dalam mobilnya berasa senang hati melihat Dennis bersikap tegas. Fikir Maya lagi Dennis semakin pintar orangnya.


Di  warung, Dennis memuji Maya yang kelihatan keren kaya executive muda begitu. Dennis tanya Maya kenapa dia cuma memujinya selangit begitu. Maya tanya apakah tokohnya sudah dibuka kerana dia ingin memesan kueh sebanyak 200 kotak di kantor Maya. Adara mengambil pesanan tersebut. Adara memuji kecantikan Maya dan kata Adara lagi dia kelihatan lebih dewasa pakai pakaian begitu. Sambung Adara lagi, percakapan Maya juga lembut dan nggak sinis. Coba kalau Maya bersikap begitu dari dulu lagi pasti mereka akan menjadi sahabat, saudara. Tetapi dalam hati Maya katanya siapa yang sudi menjadi saudara Adara.

Setelah Maya beredar dari warung Dennis, Adara memberitahu memuji kecantikan Maya. Kata Adara Maya itu cocok sama Dennis.

Rama mendapat undangan dari suatu perusahaan. Dengar khabar pemilik perusahaan itu adalah seorang gadis muda (Rama tidak mengetahui sebenarnya dia adalah Maya). Rama memuji kehebatan seorang gadis sepertinya sudah bisa memimpin perusahaan sebesar itu. Rama berharap dapat bertemu dengan gadis tersebut.

Dennis ingin menemani Adara buat belanja bahan kueh untuk malam itu. Katanya bahan yang harus dibeli terlalu banyak dan Adara nggak bisa belanja sendiri.  Namun Adara tidak mahu Dennis meninggalkan Oki sendirian di warung. Adara menjelaskan pada Rama yang dia mahu belanja bahan-bahan kueh untuk pesananan 200 orang.


Rama ingin tanya siapa yang memesan dengan begitu banyak. Dennis menyampuk perbualan mereka dan dimintanya Adara teruskan perjalanan.

 


Launching PT. DYNAMIKA ABADI - Acara dimulakan dan Maya Sandy sebagai pimpinan kepada perusahaan tersebut diperkenalkan pada para hadirin. Selamat malam saudara saudiri semua.. Terima kasih atas kedatangan anda. Saya Maya Sandy pimpinan perusahaan ini. 

 Pemasaran adalah kunci utama semua bisnes apa pun bidang usaha dan produknya. Sebagus apa pun kualitas sebuah produk tidak akan berarti apa-apa biar tidak memiliki perusahaan yang bagus. Sekian terima kasih. Tepukan gemuruh diberikan pada Maya. Rama berpendapat bisa juga Maya bersikap profesional.. Dalam hati Maya dia dapat rasakan yang dia boleh menambat hati Rama.


Dennis memberitahu Adara ada Rama di situ. Dalam hati Adara dia berkata tidak boleh sampai ada orang yang tahu dia mengenali orang katering sepertinya.


Rama ternampak Adara dan ditanya Rama dia mengendalikan katering di sana.? Adara cuma berdiam diri. Hati Maya berasa lega melihat Adara.

Dia mahu Adara tahu bagaimana perasaannya di situ bila Rama adalah seorang pimpinan sebuah perusahaan pernerbitan mana mungkin bisa akan bersama Adara yang cuma seorang penjual kueh.

Adara terpaksa berjauhan dengan Rama di situ dan terus menjalankan tugasnya. Suara hatinya meminta maaf pada Rama. Dia tidak mahu Rama merendahkan diri pada para petinggi di situ. Bersambung...

 Besok malam tidak tayang. Kembali tayang pada Minggu, 2 Desember 19.00 WIB


Kredit yang diberikan pada http://helloskyblu.blogspot.com/ sekiranya telah diambil sinopsisnya amat dihargai.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 pada 30 November 2012

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 1

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 2

Layar Drama Indonesia: Separuh Aku Episode 46 Part 3-3


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sinemart.com/
http://www.rcti.tv/
http://id.wikipedia.org/
  Channel
 MrSakti7799 Channel
crystle1987 Channel
emeraldL2009 Channel
lynnaandyou Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by