Sunday, September 19, 2010

Episode 27 - Sinetron Cinta Kirana pada 17 September 2010 di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 petang


Sinetron Cinta Kirana Setiap Hari Isnin - Jumaat pada jam 6.30 malam - 7.30 malam di Astro Ria

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 1 - 50

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 51 - 78

Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 91 - 93 (Episode Akhir)

Pelakon/Pemain



Synopsis

It begins when Sita met her long separated ex-boyfriend, Rama. The two folks agreed to pass their love that used to fail, onto their grand children. Sita was happy and imagined a better life for Kirana, her granddaughter. So does Rama for his grandson, Galang. Kirana and Galang that used to quarrel ended up falling in love.

Disaster comes when Rama and Galang got into an accident. Rama passed away, while Galang’s body was never found. Kirana became the back-bone of the family. She then met Evandra, a publishing boss that hates women. Evandra changed because of Kirana and grew to like her; meanwhile, Kirana’s love is only for Galang. One day, Galang returned but as Mischa, Galang’s twin. He did this as he could not bear to leave Renata who helped him from the accident.

Galang was happy that Kirana took care of the family, but he was shattered as he couldn’t return his love to Kirana, Kirana was hurt, Galang was hurt even more.

Berawal dari perjumpaan kembali antara Sita dengan mantan kekasihnya, Rama, yang dulu terpisah, pasangan jompo ini sepakat menyambung tali jodoh mereka yang dulu gagal ke cucu masing-masing. Sita bahagia dan membayangkan kehidupan Kirana, cucunya, bakal membaik seperti harapannya. Begitu pula harapan Rama terhadap cucunya, Galang. Kirana dan Galang yang tadinya sering bertengkar, akhirnya saling jatuh cinta.

Musibah datang ketika Rama dan Galang mengalami kecelakaan. Rama meninggal dan mayat Galang tak ditemukan. Akhirnya Kirana menjadi tulang punggung keluarga. Ia kemudian bertemu Evandra, bos penerbitan yang benci perempuan. Karena Kirana, Evandra berubah dan mulai menyukai Kirana, namun cinta Kirana hanya untuk Galang. Suatu hari tiba-tiba Galang muncul lagi, tapi dia mengaku sebagai Mischa, adik kembar Galang. Dia sengaja melakukan hal itu karena tidak tega meninggalkan Renata yang telah menolongnya dari kecelakaan tempo hari.

Galang bahagia Kirana menjaga keluarganya, namun juga hancur karena mustahil mengembalikan cintanya untuk Kirana. Kirana terluka, Galang lebih terluka.
source: http://www.mdentertainment.net/

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 27 Part 1

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 27 Part 2

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 27 Part 3

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 27 Part 4

Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 27 Part 5

Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 27



Sambungan kisah Cinta Kirana Episode 27 menceritakan tentang Kirana telah menuduh Raka. Kata Kirana sekiranya Raka tidak memberitahunya bahawa dia juga telah ternampak seseorang yang mirip dengan Galang dia tidak akan menaruh harapan yang sebesar itu dan dia juga tidak akan berharap untuk bertemu dengan Galang lagi. Kirana terus berkata semua ini disebabkan Raka. Kirana terkejut apabila dia melihat Raka yang berasa kecewa dengannya kerana dia telah dituduh begitu lalu Raka terus pergi dari situ. Sita dan Aida minta Kirana faham perasaan Raka yang cuma melakukan semua ini demi kebaikan Kirana. Kirana akhirnya sedar bahawa dia bersalah dalam hal ini dan bercadang untuk bertemu dengan Raka untuk meminta maaf. Tetapi Kirana diusir oleh Linda yang pada itu berada di rumah.



Linda: Kamu minta Raka mengerti apa? Seharusnya kamu yang mengerti kalau kamu bukan orang yang tepat buat dia. Sebelum mengenal kamu, Raka tidak seperti ini. Yang kamu lakukan hanya menyakiti hatinya dan membuat dia menderita.
Kirana, Sebab itu saya datang ke sini, bu. Saya datang ke sini sebab saya mahu minta maaf dengan Raka.
Linda: Saya tidak peduli apa mahu kamu tapi saya tidak akan membiarkan kamu menghancurkan anak saya. Sekarang juga saya minta kamu pergi dari sini dan jangan pernah ganggu anak saya. Raka akan jauh lebih baik kalau dia tidak mengenal siapa kamu.


Pada keesokan harinya, Raka tidak masuk pejabat kerana masih terfikirkan tentang kata-kata Kirana dan dia meminta Benny:

Raka: Pak Benny, tolong beritahu kakitangan kantor kalau hari ini saya tidak masuk kerja.
Pak Benny: Benar Mas Raka tidak mahu berjumpa dengan doktor?
Raka: Tidak perlu, pak. Istirehat sedikit lagi sudah pasti saya akan segar.
Pak Benny: Benar ni Mas Raka tak apa-apa?


Kirana tiba di pejabat dan didapatinya Raka masih belum sampai. Dia risaukan tentang keadaan Raka. Suara hati Kirana berkata: Apa Raka tahu kalau aku semalam ke rumahnya?

Opi: Opi dah jumpa dengan kedai yang murah. Bolehlah nanti jadi pembekal bahan-bahan untuk ramuan jamu kita.
Tetapi Kirana mendengar apa yang dikatakan Opi dan dia terus tanyakan di mana Raka. Pak Benny muncul dan menjelaskan kepada Kirana bahawa Raka tidak masuk kerja pada hari itu kerana tidak sihat.

Kirana terkejut mendengar Raka sakit.

Kirana: Raka sakit? Dia di mana sekarang? Di rumah sakit?
Benny: Tidak, dia ada di rumah istirehat.

Kirana minta Pak Benny menjaga dan uruskan pejabat kerana dia ingin menjenguk Raka dengan segera. Setelah Kirana pergi Opi berkata:

Opi: Selalu macam itu. Aku selalu diketepikan bila dia ada masalah.
Kemudian, Opi memberitahu Pak Benny bahawa dia telah menjumpai kedai yang murah, jadi pembekal bahan-bahan jamu mereka.


Opi: Kenapa ketawa? Semua orang tak hiraukan aku.
Pak Benny terus pergi dari situ sambil tersenyum. Opi geram.



Baim ingin berjumpa dengan Kirana tetapi Opi memberitahunya Kirana memang berada di pejabat sebentar tadi tetapi kini dia sudah keluar semula. Opi minta Baim tunggu saja sehingga Kirana datang semula sekiranya dia mahu kerana Kirana akan ke pasar bersama Opi juga seperti biasa. (towards the shinystar) Baim tidak boleh keluar pada waktu itu kerana Raka juga tiada di pejabat kerana sakit.

Opi: Rasanya Kirana pergi menjenguk dia. Baim, kau nak dengar cerita aku tak?
Baim: Cerita apa?
Opi: Gue jadi malu. Begini. Tadi aku jumpa gadis itu sekali lagi di pasar.
Baim: Gadis yang jual sayur itu?
Opi: Kau jangan main cakap saja. Dia bukan penjual sayur tahu. Dia itu makhluk tuhan yang paling cantik pernah Opi lihat.


Kirana pergi menemui Raka di rumahnya lalu meminta maaf pada Raka:
Kirana: Raka, kata Pak Benny kamu sakit ya? Kamu kenapa?
Raka: Tak ada apa-apa. Cuma letih.
Kirana: Ini, aku bawa cheese kek kesukaan kamu.
Raka: Thanks ya.
Kirana: Aku minta maaf ya, tentang semua yang aku cakap semalam. Aku sama sekali tak bermaksud untuk menyalahi kamu atas semuanya.
Raka: Jadi ini usaha kamu untuk suap aku agar aku maafkan kau, begitu?


Kirana: Tidak... tidak aku tak bermaksud begitu. Aku cuma... Aku benar-benar minta maaf. Aku mengerti kalau kau marah dan aku akan terima semuanya. Apa yang jelas, aku takkan berhenti meminta maaf sampai kau maafkan aku. Atau kalau perlu, aku akan terus minta maaf dengan kamu sampai kau bosan melihat muka aku.




Raka: Bererti aku harus pura-pura terus marah sama kamu. Supaya kau akan terus ada dekat aku. Mana mungkin aku bisa marah sama kamu. Apa lagi kalau tengok muka kau itu.




Kirana: Aku ingat tadi kau marah betul.
Raka: Kirana, sebelum kau masuk ke kamar ini pun, aku sudah maafkan kau. Cuma tadi aku memang pura-pura marah supaya aku boleh melihat muka kau merayu-rayu. Lepas itu dapat chesse cake percuma lagi.




Kirana mengajak Raka ke suatu tempat, di game center untuk merehatkan diri sebab mereka jarang dapat bercuti. Dia sana mereka berdua bersenang-senang dan rasa terhibur.

Lagu sewaktu Kirana dan Raka berada di game center (apakah agaknya tajuk lagu ini?)

Lirik lagu:
Aku tak mengerti dengan perasaan
Yang ada dihatiku ini di saat ini
Aku tak mengerti apa semua ini persahabatan atau percintaan
Bagaimana.. bagaimana caranya menyakinkan dirimu bahwa yang ku rasakan
Adalah cinta yang tulus yang tak pernah ku rasa selama ini di hidupku...

Kembali ke babak sewaktu Opi menceritakan kepada Baim tentang gadis pujaannya.

Opi: Baim, bagaimana bagus cerita aku kan?
Baim: Memang bagus, malah kalah filem aksi.
Opi: Ya, tentulah. Baim, dah pukul berapa ni? Kirana masih tak sampai-sampai juga ya? Telefon saja.
Opi diberitahu Kirana dia tidak akan masuk kerja pada hari itu lagi dan dia sedang bersama-sama dengan Raka di game center.
Opi: Baim, tadi Kirana suruh Opi ke kiosk jumpa Laras seorang diri. Akhirnya Opi boleh bertemu lagi dengan si jelita itu.
Baim: Terus, kapan dia balik ke sini lagi?
Opi: Nampaknya Kirana tak akan balik ke kantor hari ini. Tadi dia asyik sama Raka. Dia lagi di game center. Dia tak cakap banyak. Tak dengar. Bising sangat. Aku tak dengar.
Baim minta diri untuk pulang sahaja apabila dia tidak dapat berjumpa dengan Kirana. Opi hairan dengan sikap Baim pada mulanya dia minta Opi beritahu Kirana bahawa dia pernah ke pejabat ingin bertemu dengan Kirana tetapi setelah itu Baim batalkan rancangannya pula.


Sewaktu Raka dan Kirana ingin beredar dari game center, Raka mendapat panggilan daripada papanya bahawa dia tidak sihat. Kata Raka papanya minta tolong untuk beli barang-barang keperluan rumah dan ubat untuknya.

Opi ke pasar untuk menemui Laras tetapi dia kecewa kerana pada waktu itu Laras tidak berada di gerai. Opi kemudian ternampak Laras apabila dia ingin pulang.



Opi ditimba kemalangan kerana tidak berhati-hati. Dia dibawa ke rumah sakit. Laras risau tentang keadaan Opi.

Raka dan Kirana pergi ke supermarket sebelum ke rumah Imran. Sewaktu mereka sedang membeli barang keperluan Imran, Dian ternampak mereka di situ lalu dia menelefon Linda. Dian mengadu pada Linda bahawa dia ternampak Kirana dan Raka sedang berbelanja membeli barang. Tambah Dian lagi:

Dian: Nampaknya Kirana macam menyuruh-nyuruh Raka gitu, bu.
Linda: Perempuan itu memang dah keterlaluan. Ia tak boleh dibiarkan. Dian, kamu awasi mereka.
Dian: Baik, bu.


Raka minta Kirana menghantar ubat-ubatan kepada Imran sementara dia pergi menjenguk Opi yang berada di Rumah Sakit Sejahtera akibat kemalangan. Raka juga diberitahu kaki Opi cuma terseliuh sedikit sahaja. Benny juga memberitahu Raka tentang urus niaga mereka dengan Pindo, mereka juga perlu bincangkan hal itu. Benny mencadangkan kepada Raka untuk berbincang dengan Opi di rumah sakit.



Kirana: Ibu Linda...
Linda: Tak cukup lagi awak buat helah murahan pada anak saya sampai kamu bersusah payah mempengaruhi papanya? Sebenarnya apa yang awak nak buktikan? Awak mahu membuat saya malu? Awak nak tunjukkan yang awak boleh merebut orang yang dekat dengan saya. Bahawa awak lebih hebat daripada Linda Damayanti?
Kirana: Bu, saya sama sekali tidak bermaksud untuk...
Linda: Tak payah nak cakap banyak. Saya tahu awak ni perempuan jenis apa. Apa awak fikir apa yang awak lakukan terhadap anak saya? Awak hanya mempergunakan dia. Setelah awak bersengang-senang dengan anak saya awak akan membuang dia seperti barang yang tidak berguna. Macam betapa cepatnya awak melupakan tunang awak yang meninggal. Awak memang perempuan yang tidak mempunyai malu. Setelah Raka, siapa lagi? Lelaki mana yang awak akan gunakan dan buang begitu saja?


Linda menghina dan menuduh Kirana yang bukan-bukan hingga menyebabkan Kirana meninggalkan tempat itu dengan hati yang sedih. Imran tanya pada Kirana:

Imran: Kirana, kenapa? Kamu mahu ke mana?
Kirana: Saya harus buru-buru pergi, pak cik. Maaf saya pergi dulu.



Imran: Linda, mahu apa kamu masuk ke sini?
Pasti kamu yang telah membuat Kirana pergi dari sini, ya?
Linda: Kalau ya, kenapa? Perempuan itu tidak pantas berada di sini.
Imran: Linda, kamu itu benar-benar keterlaluan. Kamu sedar tak yang kamu lakukan tadi telah menghancurkan hidup anak kamu. Dengan tangan kamu sendiri, Linda.
Linda: Kamu jangan bicara sebarangan. Saya melakukan semua ini demi Raka. Saya tahu apa yang terbaik buat dia. Perempuan tidak tahu diri itu hanya menyeksa hidup Raka.
Imran: Linda, kamu melakukan kesalahan besar. Jika kamu berfikir tindakan kamu boleh kembalikan Raka di sisi kamu, sebaliknya dia akan menjauhkan diri dari sisi kamu. Dan sebelum kamu sadar, dia akan jauhkan dirinya dari sisi kamu untuk selama-lamanya, Linda.
Linda: Kamu tidak tahu apa yang kamu bicarakan. Raka tidak akan pernah meninggalkan saya. Tak mungkin.

Raka menelefon Kirana pada ketika Kirana sedang memandu dalam perjalanan pulang.

Raka: Bagaimana keadaan papa?
Kirana: Papa kamu baik-baik saja.
Raka tanya bila Kirana akan tiba di rumah sakit untuk menjenguk Opi yang sedang menunggu Kirana tetapi Kirana tidak dapat melawat Opi dan kata dia letih. Kirana cuma akan pergi melawat Opi pada keesokan hari saja. Kirana ingin terus pulang ke rumah sahaja. Sewaktu Opi di rumah sakit, Laras menjaganya.


Opi memanggil Raka dan dia pura-pura terjatuh. Laras cemas dan minta dia perlahan-lahan saja bila berjalan. Menurut Opi dia cuma bergurau saja dan dia mahu kenakan Raka dan Laras.

Raka kepada Opi: Kau tu buat aku terkejut saja. Aku tumbuk dengan handphone, nak?
Opi: Peace!


Aida tanya pada Kirana keadaan papa Raka. Aida juga berkata pada Kirana bahawa Raka telah menelefon ke rumah. Kata Kirana pada kedua orang neneknya Pak Cik Imran sudah beransur pulih.

Sita: Raka juga cakap tentang Opi. Kasihan ya? Nanti kalau kamu mahu jenguk Opi, ajak nenek sama Nenek Aida, ya?
Kirana: Er.. nek aku ke kamar dulu ya, aku mahu istirehat.
Aida: Kamu mahu makan dulu?
Kirana: Tadi aku makan di rumah Pak Cik Imran.

Di kamar, Kirana masih imbas kembali kata-kata Linda padanya.
Linda: Setelah kamu bersenang-senang dengan anak saya, kamu akan membuang dia seperti barang yang tidak berguna. Bahkan kamu begitu melupakan tunangan kamu yang sudah meninggal. Kamu benar-benar perempuan yang tidak punya malu.


Kirana: Tidak, aku tak pernah melupakan Galang dan aku tak akan melupakan Galang. Tak ada orang yang boleh menggantikan Galang di hati aku. (towards the shinystar)


Galang aku tak akan lupakan kamu.


Piyu hairan siapa yang telah datang menemuinya pada waktu selewat itu. Jam menunjukkan 11 malam.




Apabila Piyu membuka pintu, dia terkejut melihat Kirana yang berdiri di sana. Kenapa agaknya Kirana berjumpa dengan Piyu pada waktu malam-malam begini? Ada sesuatu penting yang harus dia katakan pada Piyu? Semuanya akan terjawab dalam Episode 28 yang akan disiarkan pada 20 September 2010 di Astro Ria.



sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.mdentertainment.net/
Astro Ria 104
http://www.indosiar.com/
http://id.wikipedia.org/
sebuahkisah Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by