Monday, January 11, 2010

JUARA LAGU 2009 (AJL 24) AIZAT - PERGI: ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 PADA 10 JANUARI 2010 SECARA LANGSUNG DARI STADIUM PUTRA BUKIT JALIL MELALUI TV3


Anugerah Juara Lagu 2009 bakal dilangsungkan pada 10 Januari 2010, menyaksikan persaingan antara 14 buah lagu yang buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, tidak dibahagikan mengikut kategori genre lagu seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesemua 14 finalis diumumkan pada malam 20 November 2009 setelah mengira markah keseluruhan kesemua 30 lagu yang dipertandingkan di separuh akhir tiga minggu.

Acara kemuncak AJL ke-24 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari 2010. Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar sekali lagi digandingkan sebagai pengacara. Acara AJL 24 bermula dengan sedutan 'Red Carpet' pada pukul 7.30 malam, diikuti dengan upacara sebenar bermula pukul 9 malam.

PEMENANG AJL 24: AIZAT: PERGI
Sila klik di sini untuk mengikuti video klip lagu persembahan 14 Calon Finalis, gambar-gambar AJL 24, keputusan dan Lirik 14 buah lagu 14 finalis yang berjaya sampai ke Kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-24.
Berikut adalah senarai (FINALIS AJL 24) 14 buah lagu yang telah dipilih. Lagu manakah yang bakal menang?

1. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
3. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
4. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
5. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
6. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
7. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
8. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
9. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang adalah:

Juara Lagu: RM 35,000 dan trofi
Naib Juara Lagu: RM 15,000 dan trofi
Tempat Ketiga: RM 12,000 dan trofi
Persembahan Terbaik: RM 10,000 dan trofi
Vokal Terbaik: RM 10,000 dan trofi

Pemilihan pemenang Juara Lagu, Naib Juara Lagu dan Tempat Ketiga dibuat 70% sebelum persembahan dan 30% berdasarkan persembahan pada malam pertandingan. Sementara untuk anugerah Persembahan dan Vokal Terbaik, pemilihan dibuat berdasarkan persembahan pada malam pertandingan.

Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.tv3.com.my/, http://www.rindok.com/blog/, http://ms.wikipedia.org/ dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by