Sunday, December 20, 2009

Pasangan Sein & Nana /Sazzy & Nash akan ke Final - MALAM SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3 MINGGU 9 PADA 19/12/09 - DEBARAN SEHATI BERDANSA 3 PADA 20/12/09


PASANGAN SEIN & NANA DAN PASANGAN SAZZY & NASH AKAN KE FINAL PADA MINGGU HADAPAN DI PUSAT KONVENSYEN PUTRA JAYA PICC, KUALA LUMPUR: SIAPAKAH AGAKNYA YANG AKAN BERGELAR SEHATI BERDANSA MUSIM KETIGA - 26 DISEMBER 2009 PUKUL 9.00 MALAM - Pasangan Isma & Zul tersingkir pada minggu 9 Sehati Berdansa 3
















Gambar-gambar dari petikan Debaran Sehati Berhati Berdansa 3 pada 20 Disember 2009 - Pasangan Sein & Nana dan Pasangan Sazzy & Nash akan ke Kemuncak Sehati Berdansa Musim Ketiga pada 26 Disember 2009

**********************************************************************
Siapakah Bakal Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga?

Sebentar tadi telah berakhirnya Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104). Pasangan Isma dan Zul telah diumumkan sebagai pasangan terakhir tersingkir sekaligus melayakkan pasangan Sazzy dan Sein sebagai dua pasangan yang bakal berentap di Kemuncak Sehati Berdansa minggu hadapan.

Dengan penyingkiran Isma dan Zul sebentar tadi, ini bermakna mereka telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM9000 buat badan kebajikan yang telah diwakili. Sumbangan tersebut telah diberikan kepada Encik Zainal Azhar Ahmad, Pengerusi Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia.

Berikut adalah kedudukan peserta selepas undian ditutup:

Pasangan Sein & Nana: 69.98

Pasangan Sazzy & Nash: 61.39

Pasangan Isma & Zul: 57.54

Penyingkiran pasangan Isma & Zul telah memberi peluang kepada pasangan Sazzy & Nash serta Sein & Nana merebut gelaran Juara dalam Kemuncak Sehati Berdansa minggu hadapan. Seperti musim terdahulu Kemuncak Sehati Berdansa akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini, pengundi diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih siapakah yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa musim ketiga. Jadi kesemua pengundi dinasihatkan supaya membuat keputusan dengan bijakdan sebaik-baiknya sebelum mengundi.

Selain itu, bermula malam ini butang R tidak lagi menunjukkan peratusan undian sehinggalah malam Kemuncak Sehati Berdansa berlangsung Sabtu depan. Jadi teruskan mengundi dan bantulah pasangan selebriti anda merealisasikan impian mereka.

UNTUK MENGUNDI: Pasangan Sazzy & Nash
Taip DANSA10 SAZZY ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 untuk 10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

UNTUK MENGUNDI: Pasangan Sein & Nana
Taip DANSA10 SEIN ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 Untuk 10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN


**********************************************************************

Detik Sehati Berdansa Minggu Ke-9 Sehati Berdansa 3 pada 20 Disember 2009 Part 1


Detik Sehati Berdansa Minggu Ke-9 Sehati Berdansa 3 pada 20 Disember 2009 Part 2


Detik Sehati Berdansa Minggu Ke-9 Sehati Berdansa 3 pada 20 Disember 2009 Part 3

**********************************************************************


TEMA UNTUK MINGGU KE-9 SEHATI BERDANSA 3 - ROMANTIK DAN MELAYU KONTEMPORARI

Kedudukan Markah yang diberikan oleh diberikan oleh juri-juri professional kepada 3 pasangan selebriti Sehati Berdansa 3 pada 19 Disember 2009:



**********************************************************************
Tugasan Minggu ke 9 untuk 3 pasangan selebriti pada Malam Sehati Berdansa 3 - 19 Disember 2009

Minggu kesembilan, tema romantik dan melayu kontemporari telah dipilih untuk menjadi asas kepada koreografi kesemua pasangan selebriti malam ini. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing untuk 3 pasangan selebriti:



Isma & Zul - Way back into love/ enjut



Sazzy & Nazril - In love with you/ watimang Landak



Sein & Nana - A whole new world / endang ya maulai

**********************************************************************
Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 1


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 2


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 3(a)


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 3(b)


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 4


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 5


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 6


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 7


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 8


Video klip Malam Sehati Berdansa Minggu 9 pada 19 Disember 2009 Part 9

**********************************************************************

Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

EPISODE 4 & 5 - SINOPSIS(SUMMARY) SINETRON TASBIH CINTA PADA 17 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Laudya Chintya Bella sebagai Bella


Sinopsis Tasbih Cinta Episod 4 & 5 dalam slot sinetron TV3 pada 17 & 21Disember 2009

Sinetron: Tasbih Cinta
Terbitan: MD Entertainment
Lagu Pembukaan Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Penutup Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Jumlah episode: 105

**********************************************************************
Sila klik di sini untuk mengikuti sinopsis(summary) dan video klip sinetron Tasbih Cinta Episode 5 yang telah disiarkan pada 21 Disember 2009


**********************************************************************

Dibintangi oleh:

Laudya Chintya Bella sebagai Bella
Andrew Andika sebagai Jo
Bayu Kusuma Negara sebagai Rafi
Helsi Herlinda
Dicky Chandra
Nella Anne
Benny Ruswandi
Nenny Triana
Alessia Cestaro
Bobby Rakhman sebagai Elsye

**********************************************************************


Video klip Menyesal (Lagu Tema OST Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang


Pembukaan Tema Tasbih Cinta/Opening Theme Song Tasbih Cinta


Lirik Lagu Menyesal (Lagu Tema Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

repeat reff [2x]
repeat *

**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episode 4 pada 17 Disember 2009

Suara hati Jojo: Dasar gadis tak elok. Dia guna harta aku untuk dekati adik aku. Aku akan 'uruskan' dia setelah aku selesai kerja aku dengan tetamu-tetamu dari Jepun. Tetamu dari Jepun lebih penting dibandingkan dengan Bella. Aku tidak akan biarkan Bella rosakkan semuanya. Oh patutlah penampilannya berubah. Ini yang dia dapat selepas bermalam dengan Rafi.




Jojo: Good afternoon Mr. Hiroshi and Mr. Kaza. This is my secretary, Bella.
Bella: aduh... mereka cakap guna bahasa apa? Bahasa Inggeris lagi, aku harus jawab apa ya..


Jojo: Let's go.

Di luar hotel tempat Bella bekerja:


Juleha: Apa pasal Bella belum ketemu lagi. Bila aku jumpa dia, aku akan tarik dia. Bella, Bella itu anak, buat malu saja.

Babak yang lain: A different scene



Rafi: Bell... Bella. Dah tengahari masih belum masuk pejabat? Ke mana Bella? Rafi mengeluh..

Babak yang lain/A different scene


Kedua orang tetamu Jepun itu memuji kecantikan Bella. Mereka tanya Bella samada dia ingin mengikut mereka pergi ke Jepun tetapi Bella tidak tahu menjawab mereka kerana dia tidak tahu berbahasa Inggeris.


Bella teringat suatu ketika dahulu Elsye pernah ajar dia bahawa sekirnya dia ingin belajar Bahasa Inggeris cuma jawab Yes.... Yes....
Suara hati Bella: Walaupun aku tak faham, aku jawab macam Elsye saja.
Bella: Yes... Yes Mister.
Jojo terkejut mendengar apa yang telah dijawab oleh Bella.
Mr. Hiroshi /Mr. Kaza: Oh that's great. Bella San, you can live in our apartment if you like to.
Bella: Yes. (Agaknya Pak Jojo tak suka aku cakap begitu pada mereka, Aku harus bagaimana ya?)

Di depan hotel:

Juleha yang telah menunggu Bella akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke hospital apabila Bella masih belum kelihatan.


Staf Hotel: Selamat siang Pak.
Rafi: Selamat siang.. kalian ada nampak Bella tak?
Staf Hotel: Bella dan Pak Jojo menjemput klien dari Jepun.
Rafi: Gawat, Bella kan tak pandai berbahasa Inggeris? Apa lagi Bahasa Jepun. Bagaimana sekiranya Jojo tahu? Mampus aku, aku harus melakukan sesuatu.




Jojo: Bella, tolong kamu ajak mereka jalan-jalan dan makan siang. Kamu harus layan mereka dengan baik. Mereka adalah tetamu yang sangat penting.
Bella: (Dalam hati) Bagaimana ni, aku kena temankan klien Jepun. Sudahlah tak faham bahasa mereka....


Jojo: Hei.. Bella... ini waktu bekerja bukan waktu nak termenung.
Bella: Ya Pak..
Jojo: Nanti kamu ajak mereka makan siang di restoran hotel kita. Habis itu kamu ajak mereka jalan-jalan.
Bella: Ya, Pak.. aku faham.
Jojo: Mr. Kazu, Mr. Hiroshi...I'm really really sorry I can't accompany all of you because I've some other things to do but my secretary, Bella will take care of you.
Mr. Kazu/Mr. Hiroshi: Oh it's okay..
Jojo: So... you guys have fun.
Mr. Kazu/Mr. Hiroshi: See you... Mr. Jojo.
Jojo: Sayonara.

Di hospital:



Juleha: Di mana di mana salah aku didik Bella? Kenapa Bella jadi begitu? Apakah sebab aku bukan ibu kandungnya sebab itu dia tidak mahu dengar nasihat aku.(Juleha berdoa... dia harus bagaimana)



Supri Kenapa kamu baru datang... kamu tahu saya harus bantu Bella baiki kereta tolaknya.
Suara hati Juleha: Bagaimana ya aku mesti beritahu pada suamiku kalau Bella tidak berjualan lagi. Supri pasti rasa sedih sebab dia percayakan Bella.Suamiku tak boleh tahu hal ini. Juleha kata pada suaminya Bella boleh baiki kereta tolak itu sendiri. Katanya yang penting mereka di hosptial saja tunggu Lina.

Supri: Kasihan Bella dia kena baiki sendiri. Awak boleh tunggu Bella di sini. Biar saya saja yang bantu Bella.
Juleha beredar dari situ setelah dia minta suaminya tunggu saja Lina di hospital.
(Kenapa Juleha semacam saja. Salah makan agaknya.Makan apa tadi dia?)


Jojo: Bella tu bagaimana? Asyik termenung. Buat kerja pun tak betul.




Pak Gunawan? Bererti dia pernah kerja dengan Pak Gunawan. Aku harus makan siang dengan Pak Gunawan supaya aku boleh tahu lebih banyak tentang Bella.


Kedua-dua Encik Hiroshi dan Encik Kaza sudah mulai berasa lapar dan mereka beritahu Bella merekia boleh bersiar-siar lagi kemudian nanti. Tetapi Bella tidak faham apa yang dimaksudkan mereka berdua.

Mr. Kaza/Mr. Hiroshi: We are hungry. Yes, Bella San it's time to lunch already.We need to have lunch already we are starving.




Bella: Oh... makan? Aduh Mister kalau makan saya tahu makanan enaknya di mana. Kalau gitu, Mister-Mister harus ikut sama saya.

Babak yang lain: Di gerai sate


Penjual sate: Eh.... Neng Bella. Ke mana aja sih, nggak jualan lagi ni.
Bella: shhhh.... saya masih bercuti.
Bella: Beri saya sate ayam dan kambing (untuk Mister dari Jepun ni)
Penjual sate: Ya, beres Neng Bella.
Bella: Jangan lama-lama ya?

Di pejabat Jojo


Jojo: Bella bisa nggak ya? Layan tamu dari Jepang itu?



Jojo: Hello, ya apa Bella dan tamu-tamu dari Jepang itu ada di restoran? Nggak ada? Terus mereka ada di mana? Bella tu kerjanya tak pernah betul.





Mr. Kaza dan Mr. Hiroshi memuji keenakan sate di gerai itu. Bella kata warung itu kepunyaan Abang Mamat. Menurutnya sate ayamnya memang enak dan minta mereka tidak perlu khuatir kerana harganya amat murah.

Di Pejabat Jojo:


Jojo mulai risau di mana Bella telah bawa Mr. Hiroshi dan Mr. Kaza. Dia berpendapat telah silap buat keputusan. Seharusnya dia tidak patut minta Bella layan klien dari Jepun itu. Jojo risau keadaannya akan menjadi huru hara nanti.



Rafi menjenguk ke dalam pejabat Jojo untuk mencari Bella tetapi apabila dia melihat abangnya di situ dia tutup pintu itu semula. Jojo ternampak Rafi dan memanggilnya. Rafi cepat-cepat beredar dari situ apabila Bella tidak kelihatan di pejabat Jojo.



Jojo: Fi, kenapa kamu jenguk ke bilik abang tadi?
Rafi: Tidak, tadi saya cuma nak bertemu dengan abang.
Jojo: Kalau ingin bertemu dengan saya kenapa tak masuk saja?
Rafi: Tadi kan saya lihat abang sangat sibuk? Jadi saya tak jadi nak masuk.
Jojo: Saya tak sibuk sama sekali, Fi. Kamu kata nak bertemu dengan saya, ada hal apa kamu nak cakap?
Rafi: Tak, tak jadilah.
Jojo: Fi.... kamu cakap saja kalau kamu datang nak jumpa setiausaha saya. Ya kan?
Rafi: Maksud kamu? Eh... Jo... sekiranya abang sangka saya minat dia abang silap. Cita rasa saya lebih baik dari itu. Lagipun sekiranya saya ada hubungan dengan setiausaha abang, itu adalah hal peribadi setiausaha abang. Tidak ada kaitan dengan abang.
(Rafi beredar dari situ dan Jojo berasa geram setelah mendengar apa yang Rafi telah katakan padanya sebentar tadi)


Juleha pada dirinya: Gara-gara si Bella, saya aku terpaksa berbohong. Dosa aku.. Biarlah aku berdosa dari Abang Supri lihat Bella tak berniaga.


Bella: Mister pasti mau bayar.
Mr. Kaza/Mr. Hiroshi:



Juleha: Bella? Bella memang melampau... seumur hidup aku tak pernah ajar dia jual diri (Juleha salah sangka lagi)

Di rumah Ibu Sari



Kasih: Bu... ibu kenapa? Nampaknya ibu lagi sedih. Ibu fikirkan apa bu?
Ibu Sari: Tidak sengaja ibu bertemu dengan salah seorang pekerja hotel yang bernama Bella. Terus saya ingat pada cucu saya yang telah meninggal akibat kemalangan.


Suara hati Kasih: Kemalangan? Kemalangan yang sengaja dilakukan oleh suamiku akibat ketamakannya?



Bella: Silakan Pak...
Jojo: Itu dia. Sejak tadi saya cari dia.



Jojo: Kenapa mereka berdua ketawa?


Mr. Hiroshi/Mr. Kaza: Hello.. Jojo thank you so much. Bella take us to the road side to have lunch. We are very very enjoy the meal. Arigato. Thank you...
Suara hati Jojo: Jadi Bella ajak meeka makan di tepi jalan. Bukannya di restoran seperti yang aku suruh.

Di pejabat:


Jojo: Bella!! Kamu ni bagaimana ya! Aku kan dah siapkan makan tengahari khusus untuk klien dari Jepun di restoran. Tapi kamu ajak mereka makan di tepi jalan. Kamu ni betul-betul keterlaluan ya. Saya hairan dengan kamu. Taada satupun kerja kau buat dengan betul.


Jojo: Kau faham tak apa yang aku cakap tadi? Bodoh betul kau ni. Menangis lagi... Kau cuma tahu menangis saja ya... Nangis dan nangis...


Rafi: Jo... kenapa kamu marah-marah Bella? Bukankah dia dah lakukan perkara yang betul? kamu yang suruh Bella untuk layan klien dari Jepun itu. Jo, saya dengar sendiri Jo. Orang-orang Jepang itu memuji pekerjaan Bella. Dan mereka senang Jo.. mereka terhibur. Bell.... kamu ikut saya. Kita pergi dari sini.



Babak yang lain




Rafi: Pasti kau rasa marah dengar leteran abangku. Sudahlah jangan terasa hati. Atau entah-entah kau sukakan dia. Sebab itu kau marah dengan leterannya.
Bella: Maksud kamu apa? Aku juga tahu diri. Kalau aku mimpi aku juga tahu memilih. Aku sedar aku siapa. Aku seperti kubangan air. Sedangkan Pak Jojo. Pak Jojo seperti bintang di langit. Dan aku sama sekali nggak suka sama dia.
Rafi: Ya memang, sih... abang aku selalau merasa dirinya tinggi. Sebab itu kau harus takluki dia supaya dia merendah diri. Aku yakin kau boleh lakukan semua ini. Aku mengaku bahawa aku telah silap menilai kamu. Ternyata kau bisa juga jadi manis dan elegan.


Rafi: Kita kena baiki Bahasa Inggeris tahap Bahasa Inggeris kau sebelum Jojo tahu semuanya dan bongkar semuanya.


Jojo: Bella selalu buat aku marah. Ada sesuatu yang aneh tentang dia. Aku harus selidik tentang dia.





Rafi mengajar Bella Bahasa Inggeris tetapi Bella mengalami kesukaran untuk belajar misalnya "Good Afternoon" dia tidak dapat menyebutnya dengan betul walaupun telah diajar beberapa kali oleh Rafi.

Rafi: Bell, lidah kau tu kaku banget ya... atau telingamu tak dengar?
Bella: Kau nak ajar aku atau tak, jika ikhlas tak perlu marah.
Rafi: Bagaimana aku tak marah? Orang yang aku ajar bodoh.
Bella: Aku itu pintar tau.. Kau nggak tahu kan dalam satu hari aku bisa tahu bagaimana bikin sate..
Rafi: Bella, itu buat sate..... lepas tu kipas-kipas sudah beres tapi ini lain. Ini bahasa. Ia beda lah.
Bella: Kalau begitu, ajari aku lagi tapi jangan marah-marah ya!!
Rafi: Sekarang kita mulai lagi dari awal. Kau ikuti kata kata aku. okey?

Bella mengangguk kepalanya.

Rafi: "GOOD AFTERNOON SIR"
Bella: Good Afternoon Sirrr...




Rafi: "HOW ARE YOU"
Bella: How arrrre you.





Bella: Mata kamu tu.. Aku tu beda.. Aku bukannya seperti gadis yang kau jumpa di disko. Ish..
Rafi: (Tertawa)
Rafi: Eh.. Bell, kau jangan salah faham dulu... aku sengaja lihat kaki kau supaya kau silangkan kaki kamu. Tak mungkin kan aku pegang kaki kau dan silangkan kaki kau. Kau nak aku pegang kaki kau?
Bella: Kau pintar juga ya... (tertawa dengan pelahan.. Pendapat shinystar: rupa Bella amat comel/cute sekali apabila dia ketawa atau tersenyum dengan cara itu)
Rafi: Sekarang kan dah sore, hari ini cukup sampai di sini dulu tapi jangan lupa sama yang telah aku ajar. Okey?
Bella: (Mengangguk kepala)



Rafi: Ini duit RP500,000 untuk kau.
Bella: Kau kan pernah jaji dengan aku. Kau janji nak beri aku bonus. Tapi sampai sekarang kau belum beri aku wang tersebut. Mana wangnya?
Rafi: Bell, Kau semakin melampau, buat kerja betul-betul dulu. Jika kau berjaya dapat abangku baru aku beri wang.




Bella: Kata orang zaman dulu-dulu, jika dah keluarkan wang tak elok masukkan semula dalam dompet. Apa lagi tadi kau cakap wang ini untuk aku.
Rafi: Bila pasal wang, pantas!
(Selepas itu Rafi meninggalkan Bella)


Pada dirinya: Nanti aku mesti bilang apa ya sama ibu dengan bapak.Arr.. aku bilang aja kalau akhirnya dapat pinjaman uang dari temanku. Biar ibu sama bapak nggak perlu khuatir kalau kereta tolak belum dibaiki lagi.

Babak yang lain: Jojo bertemu dengan Gunawan



Jojo: Jadi begini Pak Gunawan. Saya ke sini mau tanya soal Bella.
Pak Gunawan: Oh silakan Pak Jojo. Ada apa memangnya?
Jojo: Saya mahu tanya bagaimana kerja Bella sepanjang dia di sini?


Pak Gunawan: Kerjanya bagus. Dia pekerja yang baik bisa bekerja keras dan sangat cekap.
Jojo: Kalau memang kerjanya bagus mengapa Pak Gunawan memberhentikan pekerjaannya di sini?
Pak Gunawan: Berhenti? Coba sebentar saya panggilkan Bella.... "BELLA" Coba kemari sebentar.




Bella: Ada apa Pak?
Pak Gunawan: Kenalkan ini Pak Jojo. Inikan Bella yang bapak bicara?
Jojo: Bukan... Bukan dia.
Pak Gunawan: Jadi ini bukan yang bapak maksud?
Jojo: Maaf Pak Gunawan kiranya saya salah orang.

Babak yang lain:



Jojo: Dia benar-benar keterlaluan. Berani-beraninya dia berbohong. Sekarang aku tahu. Ternyata dia itu tidak lebih dari seorang penipu.

Babak yang lain: di hospital





Supri: Sudah beres-beres..Lina sudah boleh pulang? Lina sudah sembuh ya? Apa yang telah berlaku? Apa yang terjadi ada apa?
Juleha: Ada apa? ada apa? Tanya saja sama si Bella. Sebenarnya ada apa?

Babak yang lain


Jojo pada dirinya: Gila... baru kali ini aku dipermalukan dan dibohongi dengan cewek lagi. Padahal itu bukan cewek apa. Dia cuma cewek yang bodoh dan kampungan banget. Gue hairan kenapa dia bisa menipu gue. Kelewatan..

Babak yang lain


Suara hati Bella: Aduh.. Kira-kira ibu bakal tahu nggak ya kalau aku dah bohong. ketahuan nggak ya..alau uang ini sebenarnya nggak hasil dari pinjam dari temanku. Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Maafkan lah aku karena aku telah berbohong tapi ini semua aku lakuin demi keluargaku. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menjalani ini semua.







Juleha: Oh.. datang juga ya kamu.
Bella: Ya... bu.
Juleha: Asal kamu tahu... Bella ibu telah tunggu kamu dari tadi.
Suara hati Bella: Aduh... aku pasti dimarahi sama ibu.
Juleha: Kamu sudah tahu kan... kamu sudah bohong sama ibu. Ya kan? Ya? Bohongkan kamu?






Bella: Maafkan Bella, bu. Bella mengaku kalau memang benar Bella telah bohong dan hari ini juga Bella nggak sempat untuk baiki kereta tolak itu. Ini bu.. ini ada uang Rp.500,00 .. Bella pinjam uang ini sama teman Bella jadi kita nggak buru-buru untuk gantinya.
Supri: Eh... si ibu.. uang ini rezeki. Kita tidak boleh menolaknya. Kasihan Bella. Dia sudah capek-capek untuk mencari uang buat kesembuhan Lina.




Juleha: (Dengan nada tinggi....) Jangan diambil wang itu. Itu wang haram. Ambil wang itu(kepada Bella) Ibu tak perlukan wang itu. Ibu tak akan terima wang haram, Mengerti kamu?

Babak yang lain - Di lobby hotel





Jojo: Ke mana Bella? Buat kerja tak betul asyik menghilang diri. Tapi aku yakin Rafi pasti tahu di mana Bella. Aku tanya Rafi saja..
Jojo: Santhi...
Santhi: Ya Pak... tolong hubungkan saya pada Pak Rafi. Saya mahu bercakap dengan dia.
Santhi: Baik Pak.
Suara hati Jojo: Selepas aku hubungi Bella, aku akan pecat dia. Aku tak peduli Rafi mahu kata apa. Yang jelas, aku tak mahu mengambil orang yang tak berkelayakan bekerja.
Santhi: Maaf Pak... Pak Rafi tiada di tempatnya.
Jojo: Tiada di tempatnya?

Babak yang lain - Di hospital





Juleha kepada Bella: Ibu tak mahu wang haram untuk merawat Lina. Apa yang ada dalam otak kamu? Tergamak kamu buat kerja kotor.





Kami tak pernah ajar kamu begitu. Lebih baik kita tak berduit tahu tak? Daripada dapat duit dengan cara itu. Sekarang kamu cakap dengan ibu, dengan bapa kamu. Mana kamu dapat pakaian dan beg ini? Kasut kamu yang cantik? Dapat dari mana? Jawab pertanyaan ibu. Kamu jangan diam saja. Menangis lagi... jawab! Jangan kamu fikir ibu tak nampak apa kamu buat siang tadi. Kamu pergi ke hotel tadi! Kamu berdiri di depan hotel. Kemudian muncul kereta dan kamu terus masuk ke dalamnya. Sekarang kamu di sini dengan wang yang banyak. Kenapa dengan kamu ni? Tentu wang dari lelaki kaya itu kan? Kamu jual diri kan? Bella... aku tak sangka.

Bella: Tidak ibu, Bella bekerja. Bella lakukan semua ini demi Lina.
Juleha: Ibu tahu kamu sayangkan Lina. Kita semua mahu Lina cepat sembuh tapi bukan dengan cara ini. Bukan melalui jalan kotor.
Bella: Ibu, Bella bukan begitu bu... Apa yang ibu fikir itu semua salah. Bella lakukan semua ini demi Lina dan mahu dia sembuh.
Juleha: Tak payah guna alasan itu.
Bella: Bella akan buktikan kepada ibu.






Bella kerja halal. Apa yang ibu fikirkan itu semuanya salah. Bella mohon bu, maafkan Bella.
Juleha: Ibu tak nak dengar lagi cakap kamu. Aku dah lihat sendiri semuanya. Kamu telah menipu ibu dan kamu juga telah bohongi bapa kamu. Ibu tak mahu guna wang kamu untuk biayai rawatan Lina. Ibu mahu bawa Lina pulang.
Bella: Tidak ibu, Lina belum sembuh.





Bella: Pak.. bapak percayakan sama Bella? Tolong halang ibu. Jangan bawa Lina pulang. Dia masih harus dirawat dihospital. Pak, Bella sama sekali tak pernah lakukan hal kotor. Bella tak pernah lakukan hal serendah itu. Bella kerja pak.. Bapak tahu Bella dari kecil kan... Tolong percayakan sama Bella. Bapak cakap bapak percaya, bapak cakap...


Supri lebih percayakan Juleha dan dia juga salah sangka terhadap Bella.


Bella tidak tahu kenapa ibunya boleh bersangka buruk terhadapnya. Kenapa semuanya menjadi begitu. Bella mahu buktikan kepada mereka kalau dia tidak seperti yang ibubapanya bayangkan.
Bella ingin mencari Rafi kerana cuma Rafilah yang dapat membantunya dan Bella telefon Rafi. Malangnya handfone Rafi tidak diangkat.






Bella bercadang untuk telefon di hotel dengan harapan Rafi berada di situ.
Santhi: Hello, Selamat malam. Omega Hotel.
Bella: Hello ini Bella. Saya mahu bercakap dengan Pak Rafi. Sejak petang tadi dia dah keluar. Tadi Pak Jojo cari kamu. Seperti ada hal penting.
Bella: Terima kasih.
Santhi: Ya, sama-sama.
Bella: (Pada dirinya) Pak Jojo kenapa cari aku.(Pada Bella itu tidak penting, sekarang yang lebih penting Bella harus mencari Rafi untuk membantunya menjelaskan semuanya kepada ibubapanya)

Bella tiba di rumah Rafi




Bella: Permisi.... Pak Rafi ada?
Pembantu rumah: Belum pulang... (memberi senyuman kepada Bella) Tapi mungkin Pak Jojo tahu ke mana dia pergi. Sebentar ya..
Bella: Oh.. tak usah..Tolong beritahu Pak Rafi kalau tadi Bella datang ke sini.





Kebetulan Kasih lalu di situ dan ternampak Bella. Dia terkenangkan apa yang Ibu Sari beritahunya mengenai terdapat seorang pekerja bernama Bella yang bekerja di Hotel Omega.

Babak yang lain: Bella mencari Rafi






Pengawal Keselamatan: Maaf... (Pada mulanya Bella tidak dibenarkan masuk ke dalam)
Bella: Kenapa Pak, saya mahu masuk kerana teman saya ada di dalam. Kenapa Pak, kenapa bapak tengok saya begitu? (setelah melihat cara penampilan Bella yang berpakaian kemas itu mereka membenarkan Bella masuk)
Pengawal Keselamatan: Silakan.




Bella: Aku datang ke sini, aku mahu minta tolong sama kamu. Kamu tolong jumpa ibu aku dan beritahu dia yang aku bekerja sebagai setiausaha di pejabat Pak Jojo.
Rafi: Bell, dengar ya. Aku tak peduli apa yang ibubapa kamu fikirkan tentang kamu. Aku dah bayar kamu dan jangan ganggu aku.
Bella: Aku mohon.
Rafi: Aku tak peduli apa yang terjadi pada keluarga kamu. Pergi jangan ganggu aku.


Sekian, kemas kini Episode 4 sinetron Tasbih Cinta daripada shinystar. Episode 5 akan bersambung pada hari Isnin, 20 Disember 2009 pada waktu yang sama. Terima kasih kerana telah terus bersama shinystar untuk mengikuti Episode 4 Tasbih Cinta. Hingga bertemu lagi dalam kemas kini episode seterusnya.

***********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episod 4






JOJO tampak kagum dengan kecantik BELLA. Namun tidak lama, JOJO sadar kalau BELLA berubah menjadi cantik dari hasil mendekati RAFI. JOJO langsung tidak respek pada BELLA.

JOJO sebenarnya tidak percaya pada kemampuan BELLA, namun BELLA ternyata mampu membuat para tamu dari jepang terkesan dengan BELLA. Mau tidak mau JOJO harus mengakui kemampuan BELLA. Namun JOJO yang tidak percaya begitu saja pada BELLA, lalu menyelidiki BELLA.

JOJO menelusuri surat referensi yang diserahkan BELLA. Ternyata ketahuan kalau surat referensi itu palsu. JOJO marah sekali pada BELLA.

Usaha RAFI untuk meningkatkan kemampuan BELLA tidak berjalan dengan mulus. RAFI cukup kesulitan mengajari BELLA bahasa ingris.

Sementara itu, JULEHA yang sudah tahu kalau BELLA berbohong kepadanya, marah besar pada BELLA. JULEHA tidak mau menerima uang yang diberikan oleh BELLA. JULEHA marah dan menuduh BELLA mendapatkan uang itu dari hasi jual diri. JULEHA memaksa LINA untuk pulang dari rumah sakit, daripada harus dirawat dengan uang haram dari BELLA. BELLA sedih sekali dengan semua itu.

***********************************************************************
Video klip sambungan sinetron Tasbih Cinta Episode 4


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 4 Part 1


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 4 Part 2


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 4 Part 3


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 4 Part 4


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 4 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada MD Entertainment, http://www.indosiar.com, TV3, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar Tasbih Cinta)

(Thank you dan kredit diberikan kepada skoogie Channel, sayangsayangku Channel untuk lagu tema dan rannia2009 Channel untuk video klip Episode 4)

Online Visitors

Thank you for dropping by