Wednesday, March 11, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 190 YANG BERSIARAN PADA 11 MAC 2009, RABU DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 10 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 190


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 190 yang bersiaran di Astro Prima pada 11 Mac 2009 jam 11.00 malam:

Kisahnya bersambung pada malam ini di mana...


Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 190 Part 1
Part 1 - Intan menerima surat meminta maaf daripada Rado disertainya dengan Rado menyatakan bahawa dia juga sangat mencintainya. Intan berasa begitu terharu sekali. Wina marah kepada Intan kenapa dia pura-pura bersetuju mengenai Kahwin Kontrak. Rado muncul dan kata semua itu adalah atas tidak relanya. Wina menggunakan alasannya bahawa dia sakit. Rado sebaliknya memarahinya kembali kerana terus memaksanya. Rado berkata kebahagiaannya adalah Intan. Wina berkata kenapa Intan lebih penting daripadanya sebagai ibunya. Rado meminta maaf atas semuanya. Wina mengambil pisau dan mengugut ingin membunuh diri. Rado terpaksa menuruti kehendak mamanya untuk mengelakkan mamanya daripada membunuh diri.


Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 190 Part 2

Part 2 - Pada keesokan harinya RAdo terpaksa mengikut mamanya untuk menemui Rado tetapi dia beredar meninggalkan Nita di situ apabila Wina ke bilik air sebentar. Rado memberitahu Intan bahawa dia tidak mungkin melakukan semua itu dan menyakiti hati Intan. Rado mengajak Intan pergi jalan-jalan ke mana saja dan lupakan hal itu sementara waktu. Rado mengatakan bahawa dia ingin sentiasa bersama Intan dan mereka akan tabah menghadapinya. Intan berkata setiap kali mereka sedih mereka akan ingat masa-masa mereka bersama.


Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 190 Part 3
Part 3 - Rado mengemaskan barangnya dan meminta Intan meninggalkan rumah itu dan lupakan semua masalah mereka kerana Wina mengajak Nita untuk tinggal bersama mereka. Tetapi Intan tidak rela meninggalkan tempat itu dan bertanya mereka harus tinggal ke mana lagi. Intan berkata dia tidak mungkin meninggalkan mama Rado yang masih sakit.



Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 190 Part 4

Part 4 - Nadine mendapat tahu bahawa Nita akan tinggal di rumah Wina hingga dia hamil. Nadine menegur Wina kenapa dia membiarkan Nita tinggal di situ. Wina menghalau Nadine pulang ke rumahnya. Nadine terkejut apabila Rado dan Intan telah mengetahui hal ini sebelum ini. Nadine meminta Rado dan Intan pindah di sebelah rumah Wina iaitu rumah Nadine. Rado bersetuju .


Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 190 Part 5

Part 5 - Nita ingin keluar tetapi Nadine tidak membenarkannya berbuat demikian sehingga dia hamil. Sekiranya dia bosan, Wina kata dia akan mencari pembantu yang sebaya dengannya untuk menemaninya. Intan pulang ke rumah Rado untuk mengambil barang yang tertinggal oleh Rado. Intan menemui Intan di bilik Nita. Intan berasa sedih kerana Nita memberitahunya (tanpa mengetahuinya adalah Intan) Intan adalah seorang tolol. Wina mendapat tahu di mana Rado dan dia terus menuju ke rumah Nadine.. Intan dan Rado panik dan dia kisahnya bersambung.. Adakah Rado bertembung dengan mamanya? Jangan lupa untuk mengikuti sambungan episode seterusnya "Intan" bersama shinystar pada malam esok.


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 190 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 190 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 190 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 190 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 190 Part 5

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 190 yang akan disiarkan pada hari Khamis, 12 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 190 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

SAMBUNGAN KISAH SELANJUTNYA DRAMA LAGENDA : JULIA JULI YANG BERSIARAN PADA 11 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DALAM EPISODE 6


JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI SEBUAH LAGI DRAMA BARU BERJUDUL "JULIA JULI" (Jula Juli Bintang Tiga) MELALUI SLOT LAGENDA DI TV3 MULAI 3 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS/TV9 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 8.30 MALAM - EPISODE 6

Barisan pelakon yang membintangi "Julia Juli" adalah:

Misha Omar sebagai Julu
Sayiddah sebagai Jula
Dynaz sebagai Juli
Zed Zaidi
Danny X-Factor
Abby Abadi
Rahim Jailani
Syawal AF5
Aqasha
Imuda
Irene Tan






Gambar-gambar dari petikan Drama Lagenda: Julia Juli dalam Episode 6 yang bersiaran di TV3 dalam SLOT SINETRON setiap hari Isnin - Khamis jam 4.30 petang.

Sekian daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi pada hari Khamis, 12 Mac 2009 dalam Episode 7 Drama Lagenda: Julia Juli. Semoga terhibur.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar "Julia Juli")

DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 MINGGU PERTAMA HARI KE-2 YANG DISIARKAN DI ASTRO RIA SALURAN 104 PADA 10 MAC 2009


Diari Akademi FAntasia Musim Ke-7 minggu pertama hari kedua yang telah disiarkan di Astro Ria Saluran 103 pada 10 Mac 2009 jam 9.00 malam


14 PELAJAR YANG AKAN BERAKSI DALAM KONSERT MINGGU PERTAMA PADA 14 MAC 2009, SABATU JAM 9.00 MALAM SECARA LANGSUNG MELALUI ASTRO RIA SALURAN 104. JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENONTON BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR NANTI. BAGAIMANAKAH AGAKNYA PERSEMBAHAN MEREKA NANTI?

Untuk mengikuti klip video Diari AF7 minggu pertama hari kedua sila klik di link yang berikut:


P1 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - LAGU TUGASAN 14 PELAJAR AF7

P2 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - 10/3/09

P3 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - 10/3/09

P4 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - 10/3/09

P5 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - 10/3/09

P6 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - 10/3/09

P7/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA - 10/3/09

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by