Wednesday, September 3, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-56 YANG DISIARKAN PADA 3 SEPTEMBER 2008 RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-56 YANG DISIARKAN PADA 3 SEPTEMBER 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Marcelino Lefrandt


Dinda Kenyadewi sebagai Noni

Sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pada 3 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3 dalam slot sinetron:


Episod 56 - 1

Episod 56:


Tatia: Ayuh tumbuklah saya. Kenapa awak berhenti?

Tatia memberi satu tamparan yang kuat ke arah muka Noni tetapi Noni tidak mahu membalasnya. Tatia meminta Noni membuka topeng di mukanya dan menunjukkkan siapa dirinya yang sebenar. Noni tergelak kerana Tatia memikirkan Noni memakai topeng. Tatia berkata topeng yang dipakainya seiras dengan muka Noni.



Noni: Maaf, saya tak boleh memukul perempuan.
Tatia: Yakah, kamu tidak boleh memukul perempuan? Tapi, awak boleh menipu mereka?
Noni: Menipu? Apa maksud awak?
Tatia: Apa maksud saya?
Noni: Ya, apa maksud awak cakap begitu?
Tatia: Sudahlah cukup. Tunjukkan wajah awak yang sebenar.
Noni: Apa?


Noni: Apa yang awak nak buat?
Tatia: Tengok sahaja sendiri nanti.
Noni: Sakitlah.
Tatia: Tanggallah topeng awak sekarang dan tunjukkan siapa awak sebenarnya.
Noni: Apa?
Tatia: Ya, tanggalkan topeng awak. (Noni tergelak kerana lucu)
Tatia: Apa yang lucu.
Noni: Lucu. Jadi, selama ini awak sangka saya memakai topeng ya?
Tatia: Apa maksud kamu?
Noni: Ini wajah saya yang sebenar. Saya tidak memakai topeng.
Tatia: Apa?


Noni: Cubalah awak tengok


Tatia: Mana mungkin.
Noni: Ya, saya juga hairan.
Tatia: Muka awak seiras dengan topeng ini.


Adel: Ayah. Dia tiada di sini.
Bayu: Ya, itu bererti dia dah keluar.
Adel: Kalau begitu, saya cari di sana dan ayah cari di sana ya?
Bayu: Ya. Kalau awak menemuinya, segera beritahu ayah ya?


Bayu dan Adel cuba mencari Noni tetapi mereka tidak menjumpainya. Noni kagum melihat topeng yang seiras mukanya. Tatia bertanyakan kepada Noni bagaimana dia boleh sampai ke rumah Nico. Noni memberitahunya bahawa dia telah menumpang kereta Nico untuk ke sana tetapi Tatia kurang percaya dengan penjelasannya.


Bayu bercakap seorang diri: Lampunya terang, jadi Tatia berada di dalam.


Noni: Diam. Ada orang lain di luar.
Tatia: Macam mana awak tahu?
Noni: Deria saya terlatih. Saya rasa ada orang dengar percakapan kita dari luar.
(Noni memberitahu Tatia mereka dalam keadaan yang tidak selamat dan percakapan mereka telah didengar oleh orang lain dari luar).
Tatia: Macam mana kalau tiba-tiba dia masuk dalam bilik ini?



Tatia muncul di depan Bayu. Bayu tahu Tatia telah memakai topeng. Bayu memberitahu Noni Tatia sedang bermain sembunyi-sembunyi. Adel juga telah tahu rahsia Tatia telah memakai topeng untuk mengaburi mereka. Vivian menegur Adel kerana telah berjabat tangan dengan Tatia dengan kuat. Vivian khuatir akan keselamatan Tatia.


Episod 56 - 2

Tatia memberi kebenaran daripada Vivian untuk bersolat di kamarnya. Selepas Vivian beredar. Kemudian Noni keluar dari almari tempat dia bersembunyi tadi. Tatia meminta pertolongan daripada Noni kerana menurutnya Bayu telah tahu mengenai topeng yang dipakainya.


Episod 56 - 3

Nico dan Vivian fikirkan bahawa Noni adalah Tatia dan mereka membawa Noni pergi berjumpa dengan Rona dan Nico.


Nico: Kamu masih ingat jururawat Vivian kan?
Bayu: Ya.
Noni: Tapi saya belum pernah berjumpa dengan makcik ni.
Noni: Dia ni pasti pembantu rumah ini kan? Isterinya satpam(pengawal)
Rona: Eh! dengar ya, saya bukan pembantu rumah dan isteri satpam(pengawal. Saya setaraf dengan Nico dan Vivian. Faham! Jaga mulut awak.


Vivian: Ayuh, kita pergi.
Rona: Tunggu. Ada seperkara lagi dan awak harus ingat. Kalau awak jadi jururawat dia, itu bererti awak jururawat saya juga. Jadi kalau saya minta awak picit atau apa saja.. awak harus lakukannya. Faham?
Vivian: Rona, mana boleh begitu?
Rona: Kenapa tidak?
Rona: Posisi kita di rumah ini sama kan?
Noni: Tak mengapa, mak cik dan pak cik. Betul kata dia. Saya pasti lakukan kerja yang baik. Marilah mak cik! Pak cik.



Rona: Bang, tengok kelakuan dia!
Bayu: Tengok saja bila saya tangkap dia... saya akan siat dia hidup-hidup.



Episod 56 - 4

Rafli sampai di kediaman Nico. Tatia ingin keluar dari rumah itu kerana Taufan sedang menunggunya. Rafli ternampak Tatia yang cuba mengelak dari pandangannya. Tatia memakai topeng di mukanya semula. Rafli mencari Tatia di sekitar kawasan rumah itu dan Adel keluar dari rumah dan memberitahu Rafli jururawat Vivian berada di situ juga. Rafli hairan kerana dia baru sahaja melihat Tatia dan tidak mungkin Tatia boleh berada bersama dengan Vivian pada waktu itu.


Episod 56 - 5

Rafli memeluk Noni yang difikirkannya adalah Tatia. Rafli ingin mencium Noni tetapi Noni cuma memberi tangannya sahaja untuk dicium. Taufan membawa Tatia keluar dari kediaman Nico.


Rafli: Tatia saya amat gembira dapat bertemu dengan awak semula. Tetapi, saya ada satu permintaan sebelum saya pulang. Boleh awak buka topeng awak sekalai saja?
Noni: Bukan pada masa ini. Keadaan belum selamat lagi. Lain kali saja ya?
Rafli: Baiklah, saya faham.
Rafli: Saya pergi dulu. Saya nak berjumpa dengan Bimbim, Ina dan Dahlia. Mereka pasti gembira dengar berita awak.
Noni: (Dalam hati) Siapa mereka?
Noni: Sampaikan salam saya kepada mereka.



Rafli meminta Noni untuk membuka topeng di mukanya. Tetapi Noni berkata kepadanya lain kali sahaja. Selepas itu Rafli meminta diri dan menciuman pipinya.


Adel: Rafli, jadi awak dah bertemu dengan jururawat mama?
Rafli: Ya, Adel.
Adel: Awak amat mesra dengan jururawat mama? Awak tak pedulikan perasaan saya?
Rafli: Bukan begitu.
Adel: Bawa bertenang, Rafli. Kita masih ada banyak masa.
Rafli: Saya minta diri dulu.

Adel muncul dan ternampak apa yang sedang berlaku. Adel menanyakan kepada Rafli kenapa dia begitu mesra dengan jururawat peribadi Vivian.


Episod 56 - 6



Dalam perjalanan pulang, Tatia memberitahu Taufan bahawa dia ingin menolong dua orang buta menyeberangi jalan lalu turun dari kereta Taufan untuk membantu mereka untuk menolong mereka. Kedua orang yang ditolong oleh Tatia memikirkan Tatia adalah Noni. Mereka hairan kenapa Noni tidak mengenali mereka. Salah seorang daripada mereka berkata kerana sekarang Noni sudah ada teman lelaki yang kaya. Tetapi menurutnya, bagaimana Noni boleh melupakan Jimbo kekasihnya. Mereka bercadang untuk memberitahu Jimbo apa yang telah dilihat oleh mereka.



Selepas itu, mereka ternampak Tatia dan Taufan masuk ke pusat membeli belah. Tatia memberitahu Taufan bahawa dia lebih selesa apabila memakai topeng. Jimbo diberitahu oleh dua orang rakannya bahawa mereka ternampak Noni. Kemudian Jimbo mengikut mereka untuk pergi untuk mencari Noni(Tatia). Jimbo dan rakan-rakannya memerhati Tatia dari jauh dan dia berkata kepada mereka bahawa dia telah menyangka Noni telah dipenjarakan. Rakan Jimbo memberitahu Jimbo bahawa nampaknya Noni telah memikat orang kaya.

Taufan meminta Tatia membuka topengnya dan membawanya keluar dari situ. Rafli memberitahu rakan-rakannya bahawa Tatia masih hidup. Mereka seperti tidak percaya apa yang telah dengar. Tiba-tiba mereka ternampak Tatia bersama Taufan.









Episod 56 berakhir di sini.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 57 pada hari Khamis, 4 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

Online Visitors

Thank you for dropping by