Sunday, May 4, 2008

Ulasan terkini Konsert Minggu Ke-tujuh Akademi Fantasia Musim Ke-6 yang berlangsung di Istana Budaya, 3 Mei 2008 di Astro Ria, jam 9 malam


Konsert Minggu Ke-7 Akademi Fantasia Ke-6


7 pelajar membuat persembahan dalam konsert minggu ke-7 Akademi Fantasia pada 3 Mei 2008 dari Istana Budaya, mulai Jam 9 malam

Helo, sapphire blu kembali bersama anda dengan kemas kini mengenai ulasan
Konsert kali ini terdapat sedikit kelainan dimana kesemua tujuh pelajar yang masih kekal di Akademi Fantasia musim ini akan membuat persembahan mereka di lokasi yang berlainan.



Pembukaan konsert minggu ke-tujuh dimulakan dengan penari Istana Budaya membuat persembahan.


Pengetua Ramli MS

Sebelum ini enam konsert mingguan yang telah berlalu diadakan di Dewan Sivik Bandaraya Majlis Petaling Jaya -MBPJ- tetapi pada kali ini terdapat kelainan sedikit iaitu ia telah diadakan di Istana Budaya (IB). Bukan itu sahaja, konsert minggu ketujuh ini akan lebih menarik dengan persembahan pelajar diiringi 40 pemuzik Okestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia yang di bawah pimpinan oleh Pengetua sendiri, Ramli MS Akademi Fantasia musim ke-6 ini.


Pengacara AC Mizal yang sudah biasa dan berasa selesa dalam mengacarakan konsert mingguan Akademi Fantasia Ke-6

Pengundi SMS yang tertinggi untuk minggu ke-6 adalah Mohd. Idzam Bin Osman.


Tangga kedudukan carta AFundi 7 pelajar Akademi Fantasia Ke-6 sebelum mereka membuat persembahan pada 3 Mei 2008

Stacy 17%
Alif 16%
Riz 14%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%
Stanly 13%

Seperti biasa terdapat tiga pengkritik dalam konsert mingguan Akademi Fantasia musim ini. Pengkritik yang pertama adalah:


Tiara Jacquelina


Pengkritik kedua adalah Ning Baizura


Pengkritik ketiga adalah Aldlin Aman Ramlie









Medley Songs - Nasi Goreng (Black Dog Bone), Apek & Marjiana (P.Ramlee), Terbang Burung Terbang (P.Ramlee), Obat (P.Ramlee), Cik Kecik Keboom (Saloma), Lagenda (Sheila Majid)


Nubhan : Dealova (Once)


Stanly : Footloose (Kenny Loggins)


Alif : Rozana (Search)


Toi : Syakilla (Rahim Maarof)


Nadia : One Night Only (Dreamgirls)



Riz : Memburu Impian (Kaza)


Stacy : Hati (1957) (Datuk Siti Nurhaliza)




The Music Of The Night - Phantom of The Opera (Barbra Streisand)





Selepas 7 pelajar menyanyi Lagu Menuju Puncak Pengacara AC Mizal membuat penguguman pelajar yang tersingkir untuk konsert minggu ke-tujuh setelah undian ditutup.














Pelajar yang tersingkir Konsert Minggu ke-tujuh adalah Alif



Alif merupakan pelajar yang ke-lapan meninggalkan Akademi Fantasia Musim ke-6

1. Yana
2. Ika
3. Lufya
4. Naim
5. Faisal
6. Saida
7. Rina
8. Alif

Persembahan yang terbaik bagi sapphire blu untuk Konsert Minggu Ke-7 Akademi Fantasia Ke-6 pada 3 Mei 2008 adalah Nadia, Stacy dan Riz. Walau bagaimanapun 4 pelajar yang lain telah cuba buat yang terbaik. Syabas kepada semua pelajar dalam konsert minggu ini.

CARTA KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP

Stacy 17%
Stanly 17%
Nadia 15%
Riz 14%
Nubhan 13%
Toi 13%
Alif 12%

Kini tinggal 6 pelajar yang akan meneruskan perjalanan mereka ke konsert minggu ke-lapan yang akan diadakan pada 10 Mei 2008, dari Dewan Sivik MBPJ secara langsung di Astro Ria Saluran 104, jam 9 malam.





(Thank you for all the sources)

Sekian, untuk kali ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini. sapphire blu akan kemaskini ulasan ini lagi dari masa ke semasa.

Online Visitors

Thank you for dropping by