Saturday, April 5, 2008

BERITA TERKINI - KEPUTUSAN KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM SUDAH DIUMUMKAN DI PENGHUJUNG KONSERT PADA JAM 11 MALAM, 5 APRIL 2008



Konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 6 baru sahaja selesai dan keputusannya telah diumumkan oleh Pengacara AC Mizal. Siapakah pelajar yang telah tersingkir dalam konsert minggu ini? Adakah tekaan anda mengenai pelajar yang harus meninggalkan Akademi Fantasia 6 bagi minggu ketiga tepat?





12 Pelajar membuat persembahan terakhir "Menuju Puncak" sepertimana yang dilakukan dalam setiap konsert sebelum keputusan diumumkan.







Anda mungkin tertanya-tanya berapa beg yang akan diletakkan di atas pentas untuk penyingkiran? Adakah kejutan akan berlaku? Memang benar sekiranya jangkaan anda dua beg akan di letakkan di atas pentas untuk dua penyingkiran dalam konsert mingguan yang ketiga ini. Tetapi soalannya siapakah pemilik dua beg tersebut?



Selepas 12 pelajar membuat persembahan "Menuju Puncak" tanpa berlengah dan tidak membuang masa lagi, Pengacara Konsert Akademi Fantasia 6 AC Mizal terus membuat penguguman keputusan konsert untuk minggu ketiga ini. Degupan jantung semakin kuat dapat dirasai olah orang ramai. Siapakah sebenarnya yang tersingkir minggu ini? Debaran semakin kuat dan penonton menantikan keputusan daripada Pengacara dengan hati yang tidak sabar lagi.

Dalam konsert pertama Akademi Fantasia 6, Yana diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir. Dalam konsert minggu kedua pula adalah Ika yang menerima nasib seperti Yana. Dalam konsert minggu ini terdapat kejutan di mana dua pelajar telah tersingkir tidak seperti dua minggu yang lalu, cuma seorang sahaja yang diumumkan sebagai pelajar yang terpaksa mengusung begnya dari pentas Sivik MBPJ dalam dua konsert mingguan yang lalu.





Akhirnya keputusan sudah diumumkan. Dua pelajar yang tidak mendapat undian yang mencukupi untuk terus kekal di Akademi Fantasia 6 adalah seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki, Lufya menyanyikan lagu Tika Dan Saat Ini - Medicine dan Naim, Opera Hidup - Wings.


Klip video nyanyian Lufya "Tika Dan Saat Ini - Medicine


Klip video nyanyian Naim Opera Hidup - Wings

Ini bermakna mereka berdua terpaksa meninggalkan pentas konsert dengan segera dan mereka merupakan pelajar ketiga dan keempat yang tersingkir di Akademi Fantasia Musim Keenam.



Setelah keputusan penyingkiran dibuat kini, tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan pengajian di Akademi Fantasia. Mereka adalah:

1. Stacy
2. Stanly,
3. Alif
4. Nubhan
5. Nadia
6. Saida
7. Rina
8. Riz
9. Toi
10. Faisal

Ini bermakna dalam konsert keempat Akademi Fantasia 6 seramai 10 pelajar akan membuat persembahan pada 12 April 2008, Jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ, jam 9 malam juga seperti biasa di Astro Ria Saluran 104. Mampukah mereka melaksanakan tanggungjawab mereka membuat persembahan yang lebih mantap kali ini?

Apakah tugasan baru mereka untuk minggu keempat? Semua ini akan terjawab dalam Diari Minggu Keempat Hari Pertama Bahagian Kedua jam 9 malam, pada hari Isnin di Astro Ria Saluran 104.

Terlebih dahulu saya amat berterima kasih di atas sumber klip video konsert minggu ketiga ini yang diambil daripada pihak berkenaan.

Sekian, sehingga kita bertemu lagi dalam ulasan Konsert Ketiga Akademi Fantasia musim Keenam daripada sapphire blu.

BERITA TERKINI - 5 APRIL 2008, KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA 6 DISIARKAN SECARA LANGSUNG - THE 3RD CONCERT OF AKADEMI FANTASIA 6 -


Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ,jam 9 malam di Astro Ria Saluran 104 dan @15 Saluran 109.
Tema Konsert Minggu Ini - LAGU ROCK


12 Pelajar Akademi Fantasia 6 yang kekal hingga ke minggu ini dan akan membuat persembahan dalam konsert minggu ketiga Akademi Fantasia musim keenam.

Helo, hari yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba di mana Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia musim keenam akan disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ, Selangor hari ini pada jam 9 malam. Anda sudah bersedia untuk menonton Konsert ketiga ini?


Pengacara Kosert Mingguan Akademi Fantasia 6

Dua Pengkritik Tetap Konsert Mingguan Musim Keenam

Ning Baizura


Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy

Dan seorang lagi adalah Pengkritik Undangan Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6 adalah Adlin Aman Ramli.

Soalan yang sama "siapakah agaknya yang akan tersingkir di penghujung konsert ini nanti" tertanya-tanya di fikiran saya? Pelajar wanita ataupun pelajar lelaki. Kebiasaannya sekira pelajar yang berada di kududukan yang paling rapuh akan terselamat apabila keputusan diumumkan tetapi adakah perkara yang serupa akan berlaku sepertimana dua minggu yang sudah?

Saya telah menonton Diari harian 12 pelajar Akademi Fantasia 6 setiap hari dari minggu pertama dan dalam diari minggu ketiga ini nampaknya ada pelajar yang masih belum bersedia untuk membuat persembahan konsert pada malam ini.

Vokal suara mereka perlu latihan yang lebih tetapi masa tidak mengizinkan dan mereka terpaksa menyanyi dengan sebaik yang boleh untuk menyakinkan peminat mereka afundi mereka dengan seberapa banyak yang boleh supaya mereka dapat kekal di minggu yang berikut.

Mampukah mereka menyakinkan pengundi di luar sana? Saya adalah juga salah seorang di antara peminat Akademi Fantasia 6 yang berharap semoga 12 pelajar akan dapat membuat persembahan dengan lagu "Rock" untuk konsert minggu ini.



Dalam diari semalam, kita telah menyaksikan bagaimana Pengetua Ramli MS memberi kritikan yang terakhir sebelum konsert yang akan diadakan pada malam nanti. Pengetua berasa begitu tidak puas hati kerana masih ada yang mempunyai suara yang kurang memuaskan dan tidak berjaya untuk membawa lagu mereka dengan sebaiknya. Siapakah yang mempunyai suara "Angsa"?


Naim ditegur oleh Pengetua beberapa kali mengenai vokal suaranya walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki vokalnya. Adakah Naim berada dalam kedudukan yang kurang selamat? Naim akan menyanyikan lagu "Opera Hidup" - Wings. Lagu itu bukan senang untuk dibawakan. Sepertimana yang sedia maklum, Afundi terkini tidak dapat kita ketahui hingga jam 9 malam di mana permulaan konsert akan diumumkan kedudukan terkini 12 pelajar Akademi Fantasia 6.


Dalam Diari Ext. (Extended) semalam diumumkan Faisal 6% berada di kedudukan paling rapuh. Diharap dia akan dapat keyakinan diri untuk menyanyi dengan sebaik yang boleh kekal dan terus belajar dalam akademi untuk minggu berikutnya. Adakah Faisal akan terselamat dari tersingkir?


Nadia pula akan membuat persembahan dengan lagu "Total Eclipse Of The Heart" - Bonnie Tyler. Lagu ini walaupun kelihatan senang untuk dinyanyikan tetapi sebaliknya adalah agak sukar. Dalam konsert minggu yang lalu, Nadia dikritik dengan sebutan bahasa Inggerisnya yang kurang jelas. Bagaimana agaknya dia akan membuat persembahannya nanti. Adakah sebutannya sudah bertambah baik. Terus afundi Nadia kerana Nadia adalah salah seorang pelajar yang berpotensi.


Dengar khabar Saida masih lagi segan dan tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk melepaskan suaranya sewaktu membuat persembahan. Tetapi prestasi dalam nyanyiannya adalah lebih baik sekaran sekiranya dibandingkan dengan konsert pertama. Bolehkah dia menarik perhatian dengan pesembahan lagu "Rock"nya malam ini nanti. Jangan lupa untuk afundi Saida walaupun dia berada di kedudukan yang agak selesa buat masa ini.


Saya sangat suka lagu C.I.N.T.A. - XPDC dan saya seringkali memainkan lagu ini apabila melayari laman web. Lagu ini begitu unik dengan senikatanya. Saya berharapa Toi akan membuat persembahan yang tersendiri dalam lagu ini nanti.


Bagaimana pula persembahan Stanly lagi. Bolehkah dia menyanyikan lagu "Patahnya Sayap Malam" - Massa seperti dia membuat persembahan yang begitu baik dalam konsert pertama dengan lagu "You Raise Me Up". Dalam konsert pertama saya begitu suka melihat Stanly menyanyikan lagu tersebut. All the best Stanly.


Stacy akan menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Search. Wah, lagu ini sukar ye!! Semoga Stacy boleh membuat persembahan yang bagus dengan lagu "Pelesit Kota" Cuba bayangkan seorang pelajar perempuan menyanyikan lagu Search. Pada minggu yang lalu, Stacy dapat menaikkan bulu ruma pengkritik tetap Akademi Fantasia musim ini Ning Baizura dan membuat penonton di luar sana teruja. Bagaimana pula persembahannya nanti?


Lufya adalah salah seorang pelajar yang berada di tangga yang agak rapuh dalam dua konsert yang lalu. Adalah diharapkan Lufya dapat menarik perhatian pengundi untuk meletakkannya di tempat yang lebih kukuh minggu ini dengan lagu persembahannya "Tika dan Saat Ini" Medicine.


Alif dari Pulau Pinang akan membuat persembahan lagu "Kamelia" - Sweet Charity. Saya menunggu persembahan Alif yang sebelum ini adalah salah seorang pekerja TNB sebelum dia memasuki Akademi Fantasia Musim keenam.


Mama Rina adalah gelarannya sewaktu berada di akademi. Saya suka dengan suara dinamik Rina. Saya berharap Rina akan terus kekal di Akademi Fantasia musim ini supaya saya boleh mendengar suaranya lagi dalam persembahan konsert-konsert yang akan datang. Dia akan menyanyikan lagu Bahasa Inggeris "Enter Sandman" - Metallica. Lagu ini sangat mencabarkan. All the very best Rina.


Riz adalah salah seorang pelajar kegemaran saya. Persembahan Riz dalam konsert pertama menarik perhatian saya dengan suaranya yang merdu. Tetapi persembahannya dalam konsert minggu lalu tidak sebaik minggu pertama. Lagu "Keunggulan Cinta" - BPR amat saya gemari. Saya berharap Riz akan membuat persembahan yang bagus dalam konsert ketiga ini. Lirik lagu "Keunggulan Cinta" dari BPR disertakan untuk berkongsi bersama anda.

BUMI PUTRA ROCKERS KEUNGGULAN CINTA LYRICS

Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu


Nubhan dikatakan mempunyai suara "Special" dan sememangnya dia mempunyai suara yang belum ada di pasaran lagi. All the best Nubhan dalam lagu Bahasa Inggeris yang akan dinyanikannya "Summer of 69" - Bryan Adams.

Sepertimana yang telah diumumkan dalam Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6, Ika telah tersingkir dan dia merupakan pelajar yang meninggalkan Akademi Fantasia musim ini setelah Yana tersingkir dalam Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia 6.




Siapa pula agaknya yang akan mengikut jejak Yana dan Ika pada malam ini di penghujung konsert. Degupan jantung sapphire blu dah mulai terasa walaupun masih ada dua jam lagi sebelum Konsert Minggu Ketiga bermula. Sama-samalah kita doakan semoga pelajar yang berpotensi dan dapat membuat persembahan yang baik pada malam ini akan kekal untuk minggu berikut.


SIAPAKAH PEMILIK BEG BERWARNA MERAH INI?
Siapakah pelajar yang akan tersingkir dan mengusung beg ini keluar dari pentas Dewan Sivik MBPJ malam ini? Mungkinkah kejutan akan berlaku?

Sehingga kita bertemu lagi dalam keputusan Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6 selepas berakhirnya keputusan konsert diumumkan oleh Pengacara AC Mizal pada jam 11.30 malam nanti.

Saya akan cuba mengemaskinikan ulasan berita mengenai Akademi Fantasia Musim Keenam secepat mungkin pada malam ini.

Konsert minggu ketiga sudah bermula dan pada malam ini, sementara waktu pada pendapat saya, Nadia telah membuat persembahan yang terbaik diikuti oleh Stacy malam ini.

Riz baru sahaja selesai membuat persembahan "Keunggulan Cinta". Persembahan yang bagus dan ketiga-tiga pengkritik Kak Ogy, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli memuji persembahahannya pada malam ini.

Rina adalah pelajar terakhir yang membuat persembahan dan persembahannya begitu mantap dan bagus sehingga ramai yang berdiri memberi tepukan gemuruh apabila Rina selesai membuat persembahan dengan lagunya.

Keputusan konsert minggu ketiga akan diumumkan sebentar lagi.

Keputusan Konsert Minggu ketiga Akademi Fantasia baru sahaja diumumkan dan dua pelajar telah tersingkir dalam konsert minggu ini. Mereka adalah Lufya dan Naim.

Sekian, terus singgah di blog ini untuk berita terkini mengenai Akademi Fantasia 6. Selamat malam.

Online Visitors

Thank you for dropping by